ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Thursday 26 November 2015

SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA


KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH


Perbezaan Masalah dan Isu

Masalah memerlukan satu penyelesaian yang
segera manakala isu perlu ditangani dengan
lebih berhati-hati.

Sifat Penyelesaian Masalah

Ciri-ciri yang membezakan kemampuan seseorang
di dalam penyelesaian masalah ialah



1. Motivasi yang kuat - Menyelesaikan masalah dengan segala tenaga yang ada pada diri 
sendiri, beisikap positif dan tidak mudah mengalah, kemenangan adalah idaman mereka dan
 tidak takut pada misteri dan kesukaran.

2. Trait yang positif - Mempunyai emosi yang stabil, menunjukkan minat dalam penyelesaian masalah, 
trait psikologi yang objektif dan komitmen, cerdik dan pintar, dan akhirnya terus 
berusaha tanpa rasa jemu.

3. Jati diri - Mempunyai keyakinan diri dan mempercayai bahawa dirinya berkeupaya tetapi 
sedar akan kekurangan dan batasan yang akan dihadapi.

4. Membina kemahiran - Menyelesaikan masalah dengan teknik-teknik seperti enam langkah
(Chang & Kelly, 1993) atau lapan langkah (Francis, 1990).

Kategori Masalah

Misteri - Satu situasi yang menyeleweng daripada kesdaan yang biasa berlaku atau yang diharapkan dan tidak dapat menerangkan dengan menggunakan akal fikiran untuk mencari sebab.

Tugasan (Assignment) - Kerja yang ditugaskan oleh seseorang dengan jelas memperincikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan berseta dengan objektif pencapaian, orang yang melaksanakan tugasan perlu memahami matlamat dan lain-lain keperluan tugasan itu.

Kesukaran (Difficulties) - Perkara yang sukar untuk mancapai kejayaan, perlaksanaannya adalah amat rumit, mencabar dan kompleks, dibahagikan kepada duan kategori : subjektif (masalah individu) dan objektif 
(cabaran luar).

Peluang (Opportunities) - Pembawa keuntungan yang memerlukan pengambilan
 kesempatan untuk mengeksploitnya.

Tidak pasti (Puzzles) - Situasi di mana jawapan atau jalan penyelesaian adalah diketahui 
tetapi tidak tahu mana jawapan yang betul. Kita perlu mengaji semula kekaburan dan 
keadaan yang kompleks ini untuk mencari jawapan yang betul.

Dilema - Situasi yang amat sukar untuk menentukan cara yang terbaik untul menyelesaikan 
yang mermelukan penyelesaian kemanusiaan (perasaan manusia).

Model Penyelesaian Masalah Secara Saintifik dan Logik.

Langkah pertama : Mendefinisikan masalah - 
Kita bertanya soalan mengenai masalah, penting 
untuk membawa kesan yang diingini. Keadaan
 "mind-set" seseorang dan konteks di mana masalah
 itu wujud adalh penting dan adalah mustahak untuk
memahami semua faktor yang mengakibatkan masalah.

Langkah kedua: Mengkelaskan Masalah - 
Mengenal pasti risiko tiap-tiap masalah itu dan 
selesaikan masalah yang paling tinggi risikonya.

Langkah ketiga: Tentukan Objektif - Menentukan apa yang diingini daripada aktivitti-aktiviti yang
hendak dilaksanakn dan biarlah jelas, mudah difahami dan praktikal.

Langkah keempat: Tentukan ukuran kejayaan - Menentukan standard atai piawai yang akan
menjadi pengukuran tentang kejayaan dalam penyelesaian masalah.

Langkah kelima: Kutipan data - Proses mengumpulan data atau maklumat (punca masalah) yang
berkaitan dengan masalah yang hendak diselesaikan. Sumber termasuklah pengalaman, pemerhatian dan kajian. Pengumpulan maklumat secara amnya merupakan lima peringkat seperti
- Mengenal pasti maklumat yang diperlukan dan cara mendapatinya.
- Mengenal pasti prosedur untuk mengupul maklumat yang tercicir.
- Kenal pasti punca bagaimana hendak menerbitkan maklumat.
- Menstrukturkan maklumat supaya senang difahami.
- Membina opsyen untuk menbuat keputusan berdasarkan kepada maklumat dan data yang dikumpul.

Langkah keenam: Membuat keputusan - Keputusan untuk memilih opsyen yang paling tepat untuk
dilaksanakan. Kena mendapat consensus semua pihak yang terlibat dan hendak mengimbangi masalah kos.

langkah ketujuh: Melaksanakan keputusan yang diambil - Orang yang melaksanakan 
keputusan yang diambil harus menberi perhatian kepada perkara-perkara yang teliti. Perkara 
yang diambil kira adalah keyakinan, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian, 
objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan.

Langkah kelapan: Penilaian - Memberi gambaran tentang keberkesanan tindakan penyelesaian
masalah yang telah diambil.

Penyelesaian Secara Saintifik

1. Mengadakan Hipotesis - Sebagai penggerak, merupakan anggapan atau hipotesis yang perlu diuji dan dibuktikan sama ada betul atau salah.

2. Mengumpul maklumat - Dalam kaedah saintifik, mengadakan bukti dan maklumat penting untuk mengesahkan kebenaran hipotesis.

3. Membuat kesimpulan - Membuat kesimpulan atau keputusan. Sikap saintifik akan menangguhkan stau menunda sebarang keputusan selagi tidak memperolehi bukti atau maklumat yang menyakinkan tentang hipotesis atau assumption yang ada.

PenyelesaianSecara Kreatif/ Lateral

Kita tidak dapat mencari penyelesaian kreatif kerana
- mempermudahkan masalah itu.
- tidak mahu melihat lebih jauh di sebalik apa yang ada di depan mata kita.
- tidak menyoal semula andaian yang kita gunakan.
Justeru, kita perlu mencari cara-cara baru untuk mentafsir dan mentafsir semula situasi atau 
masalah yang kita hadapi.

Ciri-ciri Penyelesaian Kreatif
- lebih suka menindai penilaian dan yang penting ialah menjana idea, tidak bersifat kritikal 
seperti kaedah logik.
- mencipta penyelesaian yang dianggap lebih membawa untung dan tidak bersidat analitikal 
seperti kaedah saintifik.
- bersifat generatif dan inovatif untuk menerbitkan perubahan demi perubahan itu sendiri tanpa 
diikat oleh logik sebab-akibat dan tidak bersifat vertikal/ sehala seperti kaedah saintifik.


Kaedah Enam Topi Berfikir (Edward de Bono)
1. Topi Hijau - pemikiran kreatif dan subur
2. Topi Kuning - pemikiran positif dan konstruktif
3. Topi Putih - pemikiran Objektif
4. Topi Hitam - pemikiran negatif dan kritikal
5. Topi Merah - pemikiran emotif
6. Topi Biru - lambang langit di atas, mengawasi bagaimana
 topi-topi lain bekerja.
Enam Kasut Bertindak (Edward de Bono)
1. Kasut formal biru laut - tindakan formal, biasa, mudah dan ringkas.
2. Kasut kelabu - tindakan secara penyelidikan, mencari bukti, maklumat dan idea baru.
3. Kasut Perang - tindakan secara praktikal, nyata, lasak, tidak formal, fleksibel dan berkesan.
4. Boot Oren - tindakan secara cemas, krisis, risiko, segera dan berani.
5. Selipar merah jambu - tindakan secara prihatin, prikamanusiaan, kasih sayang, lemah lembut, mesra dan ikhlas.
6. Kasut tunggangan ungu - tindakan secara kuasa, rasmi, kepimpinan, dan bertanggungjawab.

Penyelesaian Melalui Perasaan

Berasaskan konsep kecerdasan EQ (emotional Intelligence) yang digunakan oleh Peter Solovey.
Lebih menekankan ciri sahsiah seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi tertentu 
dan EQ merupakan kebolehan untuk mengawas (monitor) diri sendiri dan orang lain dari 
segi emosi dan perasaan. Penyelesaian masalah melalui perasaan bergantung kepada 
kemahiran seseorang itu mengetahui dan menguruskan emosinya. Sifat-sifat yang perlu 
dimiliki ialah sabar, tenang, waspada, dan sebagainya.

Penyelesaian Secara Islam 

 1. Pendekatan Hukum

Bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Pendekatan hukum 
bermaksud hukum-hukum qat'l dan ijtihadi. Semua hukum bersifat qat'l hendakalah 
ditaati tanpa sebarang  soalan dan tanpa perlu berfikir-fikir lagi.

2. Pendekatan Sufi

Dianggap bersifat moral dan spiritrual, berfsifat lembut dan lunak. Memerlukan kefahaman 
tentang hakikat masalah, sebab masalah, dan kaedah penyelesaian. Berasaskan 
proses tazkiyyah an-nafs yang melibatkan duan dimensi iaitu horizontak dan 
vertikal.

Tuesday 14 April 2015

CARA MENGATASI MASALAH POKET KERING

Kehidupan sebagai pelajar universiti sememangnya berbeza jika dibandingkan ketika berada di sekolah dahulu.  Di zaman sekolah tidak memerlukan duit yang banyak, berbeza apabila seseorang itu sudah diterima masuk ke universiti. Sebagai seorang pelajar universiti yang sedang melalui fasa peralihan persekitaran, tentunya keinginan untuk membeli tidak dapat dielakkan.  Melalui satu kaji selidik yang telah dijalankan oleh seorang penyelidik ke atas 165 orang pelajar di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), mendapati pelajar lelaki lebih gemar untuk memperuntukkan wang lebih untuk perbelanjaan makanan, pakaian, hiburan, alat-alat tulis, rekreasi, pengangkutan dan perubatan. Manakala pelajar perempuan pula lebih gemar membelanjakan wang mereka untuk tujuan alat-alat kosmetik, bil telefon, hadiah dan lain-lain seperti barang kemas dan membeli majalah hiburan.  Namun kekangan hidup sebagai pelajar, menyebabkan ada dalam kalangan pelajar yang terpaksa menolak kesemua keinginan ini ke tepi dahulu.  Wang saku yang diberi oleh ibu bapa sering tidak mencukupi dan wang pinjaman PTPN atau biasiswa pula awal-awal lagi sudah lari daripada bajet.  Jika diolak-tolak dengan yuran pengajian, duit buku, bayaran sewa rumah bagi yang duduk di luar kampus dan sebagainya, mungkin baki wang yang tinggal hanya cukup-cukup untuk duit makan.
Namun bagi sesetengah pelajar pula, ada yang dalam kalangan mereka ini yang sanggup untuk bersusah payah dengan melakukan kerja secara sambilan.  Mereka bekerja untuk memperoleh wang tambahan semata-mata atas keinginan untuk membeli barangan yang dihajati. Ada yang sanggup bekerja di cawangan restoran makanan segera, menjadi juruwang di kedai-kedai serbaneka, bekerja di pasar raya dan sebagainya.  Namun tidak kurang juga yang melibatkan diri dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan.  Mereka ini kebanyakannya menceburi bidang perniagaan atas sebab seperti:-
  • Untuk menampung kos perbelanjaan seharian ketika berada di universiti
  • Tidak mahu mensia-siakan masa yang terluang, terutamanya ketika cuti semester
  • Dapat belajar pelbagai perkara baru dan dapat menimba pengalaman dalam bidang perniagaan
  • Dengan menceburi bidang perniagaan, maka tentulah lebih ramai kenalan yang kita dapat

Melalui artikel ini, kita singkap beberapa jenis perniagaan yang kebiasaannya diceburi oleh para pelajar universiti tempatan, antaranya:-
Menawarkan Servis Jualan Secara Konvensional atau Jualan Dalam Talian
Ramai pelajar yang memenuhi masa senggang mereka dengan berkecimpung dalam bidang perniagaan tidak kira sama ada perniagaan yang berbentuk konvensional atau secara dalam talian.  Ada pelajar yang memulakan kemahiran berniaga mereka dengan menjual tambah nilai prabayar talian telefon bimbit.  Menambah nilai untuk telefon bimbit merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh setiap pelajar untuk berhubung dengan ibu bapa, rakan dan juga buah hati.   Menjual tambah nilai di universiti ini memang untung, pelajar suka bergayut di telefon dan suka menghantar sms.  Tambahan pula kalau duduk di kolej kediaman, tentunya pelajar ini malas hendak keluar ke kedai semata-mata untuk membeli kad tambah nilai.  Dengan modal permulaan untuk menjadi ejen yang rendah dan hanya perlu melakukan sedikit promosi kepada rakan-rakan, pelajar tadi sudah mampu memulakan perniagaan tambah nilai mereka.  Namun keuntungan yang diperoleh daripada menjual tambah nilai ini tidak banyak, rata-rata ejen hanya akan mendapat 3% – 4% sahaja daripada kos jualan. Contohnya, jika pelanggan menambah nilai prabayar sebanyak RM10, ejen hanya akan mendapat RM0.30 – RM0.40 sahaja.  Namun, sekiranya pelajar itu rajin dan mempunyai pelanggan yang ramai, maka semakin banyak jualan yang dibuat, semakin untunglah dia.  Sekurang-kurangnya dapatlah menampung semula kos tambah nilai untuk telefon bimbit sendiri.
Kaedah membeli dan menjual dalam talian pula, mula menarik perhatian masyarakat kita sejak lebih dua dekad yang lalu.  Bagi mereka yang berkira wang, kos pergi ke bandar, mengisi petrol kereta, letak kereta dan makan-makan sepanjang membeli-belah dirasakan lebih tinggi berbanding dengan hanya menekan tetikus dan menurunkan maklumat kad kredit dalam talian di rumah.  Bagi mereka, urusan membeli secara dalam talian ini sebenarnya lebih mudah dan harga barangan yang ditawarkan juga ada kalanya lebih murah berbanding yang dijual di kedai atau pasar raya sedangkan jenis pakaian adalah sama.  Bagi pelajar yang bijak berniaga, tentunya mereka tidak akan ketinggalan untuk menceburi bidang perniagaan dalam talian ini.  Ramai yang terlibat menjual busana Muslimah seperti jubah, baju kurung, t-shirt, tudung dan sebagainya.  Ada juga yang terlibat dalam bidang kulinari, akan memasarkan produk makanan mereka secara dalam talian. Mereka ini ada kalanya hanya perlu ada akaun Facebook sebagai senjata utama dalam perniagaan mereka ditambah dengan sikap dan pengetahuan dalam bidang perniagaan.
Terdapat juga dalam kalangan pelajar yang menceburi bidang Multi-Level Marketing (MLM) ketika masih dalam pengajian.  Salah satu faktor penglibatan pelajar adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya dan dorongan ejen MLM yang berjaya menarik minat pelajar berkenaan.  Sesiapa yang pernah mengikuti taklimat berkaitan MLM, tentunya setuju bahawa yang mendengar taklimat ini kalau tidak kuat imannya tentu akan mudah terpengaruh dengan keistimewaan yang ditunjukkan.  Terdapat juga pelajar yang menjadi ahli kerana mereka adalah pengguna produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat MLM tersebut. Dengan menjadi ahli dalam syarikat MLM, maka produk akan dapat dibeli dengan harga keahlian.  Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar ini terlibat menjadi ejen jualan langsung, banyak masa yang perlu diperuntukkan dan dihabiskan untuk memberi penerangan serta membuat demonstrasi tentang produk yang dijual.   Maka adalah sesuatu yang kurang bijak untuk seorang pelajar menceburi perniagaan MLM, melainkan sekiranya pelajar tersebut seorang yang pandai menguruskan masanya sendiri.
Melalui Penulisan
Penulisan adalah merupakan salah satu cara yang amat berkesan untuk menjana pendapatan terutamanya bagi pelajar yang memerlukan wang saku.  Ada dalam kalangan pelajar yang menyediakan perkhidmatan penulisan di waktu lapang mereka atau ketika mereka berada dalam cuti semester.  Antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan adalah seperti menaip tugasan atau tesis untuk pelajar lain, menulis artikel untuk laman web, memberi servis penulisan kreatif atau membuat terjemahan artikel atau buku.  Ada juga yang menghantar karya-karya penulisan mereka ke majalah atau akhbar untuk slot-slot rencana ataupun cerpen.
Menulis tidak hanya terhad kepada contoh-contoh di atas sahaja yang lebih bercorak kreatif.  Selain itu, terdapat ramai pelajar yang mempunyai minat dan berkecenderungan untuk menulis secara aktif dalam blog mereka sendiri.   Blog merupakan satu medium untuk menyalurkan pendapat, berkongsi pengetahuan, memberikan informasi kepada orang ramai.  Terdapat pelbagai jenis blog yang mendapat sambutan yang dibuat berdasarkan niche tertentu seperti hiburan, muzik dan yang peribadi.  Di samping menulis blog sebagai hobi, blog juga dilihat sebagai salah satu cara yang dapat memberi pelajar tadi pendapatan pasif.  Melalui sumber pengiklanan dalam sesebuah blog, wang yang diperoleh sudah tentunya akan masuk ke kocek pemilik blog sendiri.  Pelajar yang memiliki blog juga boleh mendaftar untuk iklan daripada Google – AdSense ataupun Nuffnang yang kebiasaannya akan dipaparkan pada banner blog itu sendiri.  Contohnya untuk iklan Nuffnang, terdapat dua cara untuk menjana pendapatan, iaitu secara buffered earning atau metered earning.  Buffered earning adalah pendapatan yang diperoleh melalui jumlah trafik blog setiap hari.  Melalui metered earning pula, setiap klik yang unik akan diberi sagu hati.  Pendapatan ini akan diberikan secara bulanan dalam bentuk cek kepada penulis blog tersebut.  Di samping itu, pemilik blog juga boleh membuat ulasan tentang produk sama ada perkhidmatan, produk fizikal atau digital dan secara tidak langsung dapat mempromosikan blog mereka sendiri.  Mungkin setelah terkenal, akan ada pihak yang membayar untuk mengulas produk keluaran syarikat mereka sendiri pula!
Menawarkan Servis Perkhidmatan
Bagi pelajar yang mempunyai kemahiran, ramai juga yang menawarkan khidmat yang berkaitan dengan kemahiran mereka.  Antara contoh perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti khidmat membaiki komputer, membuat laman web, khidmat fotografi dan video untuk majlis formal dan yang tidak formal.  Servis perkhidmatan sebenarnya amat menguntungkan, kerana tiada modal permulaan yang diperlukan oleh pelajar, hanya memerlukan kemahiran mereka dalam sesuatu bidang itu sahaja.  Untuk pelajar yang mempunyai kebijaksanaan dalam sesuatu subjek pula, ada yang akan diupah rakan pelajar lain untuk memberikan mereka perkhidmatan tuisyen secara persendirian.
Selain itu, bagi mereka yang mempunyai pencetak mereka sendiri pula, ada juga yang menawarkan khidmat mencetak untuk tugasan atau tesis pelajar sendiri.  Kebiasaannya harga yang ditetapkan, tidak lah tinggi.  Mungkin sama harganya berbanding dengan yang dikenakan oleh kafe siber atau kedai-kedai yang terdapat di universiti.
Kesimpulan
Tidak dinafikan pengalaman belajar di universiti memang berharga.  Banyak perkara yang boleh dipelajari dan pelajar juga diberi kebebasan untuk menentukan banyak hal dalam kehidupan mereka.  Selain itu pelajar perlu berdikari menguruskan hidup sama ada dari aspek belajar, kewangan dan sebagainya.  Jika dilihat daripada aspek kewangan, bukan mudah untuk pelajar ini tadi memenuhi tuntutan keperluan dan kemahuan.  Ada pelajar yang sanggup bekerja untuk menjana pendapatan sampingan. Ada juga pelajar yang melibatkan diri mereka dalam bidang keusahawanan demi untuk mencari duit lebih.  Dalam Islam sendiri, aktiviti ekonomi yang berbentuk perniagaan amatlah digalakkan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar ini cenderung untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan, antaranya adalah seperti minat terhadap mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan, persepsi positif dan minat pelajar terhadap bidang keusahawanan serta dorongan dan galakan daripada ibu bapa sendiri.
Terdapat beberapa contoh perniagaan yang dijalankan oleh pelajar, antaranya menawarkan servis penjualan secara konvensional atau penjualan dalam talian, menawarkan khidmat penulisan dan menawarkan servis perkhidmatan. Bagi mereka, yang penting rezeki yang diperoleh dapat menampung kos perbelanjaan mereka ketika di universiti.  Namun begitu pembahagian masa dan disiplin adalah perkara yang sangat penting bagi seorang mahasiswa dan mahasiswi.   Bagi mereka yang terlibat secara serius dalam bidang keusahawanan pada peringkat pengajian ini, mereka sebenarnya terdedah kepada risiko penangguhan dan kegagalan menamatkan pengajian.  Mahasiswa dan mahasiswi yang cuba menjana pendapatan dengan melakukan kerja sampingan dan menjalankan perniagaan ketika masih di universiti ini perlulah sentiasa diingatkan agar pandai menjaga masa dan seterusnya boleh menjaga segala aktiviti mereka dengan lebih terurus. 
ASK DR AZIZAN OSMAN 


CONCLUSION : 

1. To start a business, we do not need to use a high capital.
2. Start with an agent and sell other people's products. Examples could be an insurance agent,       takaful and so on.
3. Although we have a regular job, but we can also do business as a side job.
4. To start a business, we need to have knowledge, new ideas and then act.